Sempena Bulan Bahasa Melayu yang jatuh pada bulan Mac satu pertandingan bercerita bahasa Melayu telah diadakan pada hari Selasa 1hb. Mac 2011. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2 mewakili 4 buah rumah sukan. Semua 8 orang peserta terdiri dari murid perempuan. Keputusan pertandingan telah memihak kepada rumah Biru apabila 2 orang pesertanya iaitu adik Nurin Syahirah kelas 6P dan adik Ummu Aiman kelas 3P telah membolot hadiah pertama bagi kedua - dua kategori. Syabas kepada pemenang!
Jumaat, Mac 25, 2011
Sambutan Maulidur Rasul tahun 1432 H
Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1432Hijrah bersamaan 2011 tahun masihi peringkat SKBC telah diadakan pada hari Khamis 24hb Feb 2011.Maulud nabi pada kali ini membawa tema "Satu malaysia, Satu Ummah" Sejak awal pagi lagi semua murid telah berkumpul di tapak perhimpunan untuk sesi pelancaran sambutan. Majlis telah dimulakan dengan sesi ceramah agama yang telah disampaikan oleh Al Fathil Ustaz Azam. Acara selawat telah diketuai oleh Cg Syed Suhaimi. Acara utama yang dijalankan pada hari itu ialah Perarakan beramai - ramai sambil berselawat ke atas nabi melalui jalan - jalan kampung Bukit Chempaka. Selain perarakan banyak aktiviti lain yang turut diadakan antaranya ialah Pertandingan Sepanduk, pertandingan kuiz dan pertandingan nasyid antara kelas. Semua aktiviti tersebut telah dapat berjalan dengan jayanya.
Kejohanan Merentas Desa SKBC 2011
Kejohanan Larian Merentas Desa telah mengisi petak pertama aktiviti Ko Kurikulum bagi SKBC tahun 2011 ini.Kejohanan tersebut telah diadakan pada hari Khamis 20 Jan. Kejohanan ini telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebagai sesi memanaskan badan yang kelolakan oleh seorang instruktor jemputan. Sebanyak 6 kategori yang dipertandingkan membabitkan persaingan 4 buah rumah sukan iaitu rumah Merah, Biru , Hijau dan Kuning. Pelepasan telah dilakukan oleh Puan Guru Besar, Pn. Nor Azizah Omar yang juga sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Kejohanan pada tahun ini telah menobatkan rumah Merah sebagai johan keseluruhan.
Jumaat, September 24, 2010
Sambutan hari Kebangsaan Peringkat SKBC 2010
Sehari sebelum sambutan Hari Kebangsaan 31hb. Ogos, SKBC telah dulu mengadakan Majlis sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah. Cogankata sambutan pada tahun ini ialah "Satu Malaysia Menjana Transformasi".Majlis dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan acara pengisahan sejarah sebelum Merdeka. Sambutan kali ini dimeriahkan lagi dengan tayangan rencana Sejarah penjajahan sehingga mencapai kemerdekaan. Acara wajib seperti pembacaan perutusan oleh ketua - ketua kerajaan turut di adakan. Bagi memberi penglibatan kepada murid untuk menghayati semangat patriotik beberapa acara berbentuk pertandingan telah diadakan. Antaranya pertandingan deklamasi sajak, basikal berhias, kuiz spontan dan kelas tercantik.Acara menjadi semakin meriah dengan acara nyanyian beramai - ramai lagu patriotik. Murid - murid bersemangat mengibarkan jalur gemilang.Semoga acara ini menyemarakkan semangat cintakan negara dijiwa murid - murid.
Rabu, Ogos 11, 2010
Program Motivasi Tahun 6 2010
Sebagai usaha meningkatkan keyakinan dan persediaan mental pelajar dalam menghadapi UPSR satu program Motivasi telah di adakan di SKBC. Seorang pakar motivasi Dr. Wan Rosed telah dijemput khas untuk memberikan input - input semangat kepada para peserta. Selain semua murid tahun 5 dan 6, kaum ibubapa juga telah dijemput untuk turut sama mendengar petua - petua untuk anak masing - masing. Sambutan dari kaum ibubapa amat menggalakan.
Jumaat, Julai 30, 2010
Pertandingan Kawad kaki Unit Beruniform 2010
Unit beruniform dari Persatuan Puteri Islam sekali lagi menggungguli Pertandingan Kawad kaki Unit Beruniform peringkat SKBC. Kemantapan dan keselarasan pergerakan telah meletakkan unit tersebut menjadi pilihan para hakim. Para hakim juga telah sebulat suara memilih Adik Shazlin sebagai Ketua kumpulan kawad terbaik juga dari Persatuan Puteri Islam.Unit Tunas Kadet Remaja (TKRS) pula sekadar meraih tempat kedua, diikuti oleh unit Persatuan Bulan Sabit Merah dan unit Pengakap. Bravo!
Sabtu, Mei 29, 2010
Wakil Pasukan Bola Jaring Terengganu
Syabas diucapkan kepada 2 murid SKBC iaitu adik Azzahratul Asaadah dan Nurul Nalieysa Nadia kerana berjaya mendapat tempat dalam pasukan bola jaring MSST. Mereka akan menyertai pertandingan bola jaring peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Putrajaya pada 6hb. Jun. Menurut jurulatih SKBC dan juga selaku jurulatih Daerah KTU, Cikgu Sabariah menyatakan bahawa tahun 2010 mencatat sejarah bagi SKBC kerana buat pertama kalinya 2 orang terpilih mewakili negeri. Pada tahun - tahun sebelumnya hanya seorang sahaja yang terpilih. Syabas sekali lagi diucapkan semoga terus berjaya bermain dengan cemerlang.
Langgan:
Catatan (Atom)












