Jumaat, April 30, 2010

Kejohanan Olahraga & Sukaneka SKBC 2010



Pada 27 dan 28 April hari Selasa dan Rabu, telah berlangsung Kejohanan Olahraga dan Sukaneka SKBC kali ke 18. Acara yang dipertandingkan ialah 100m, 2 x 50m, lontar peluru, lompat tinggi, dan lompat jauh. Bagi acara sukaneka untuk tahap satu sahaja iaitu lari pecah belon, isi air dalam botol, Lerun, lari pakai terompah, lari bawa bola pingpong dalam sudu dan golek bola guna gelung rotan. Bagi acara kemuncak ialah pertandingan tarik tali antara rumah lelaki dan perempuan. Bagi acara tersebut peringkat akhir menemukan rumah biru dengan rumah hijau bagi lelaki dan rumah biru dengan rumah kuning bagi rumah acara perempuan. Kesudahannya rumah Biru menggungguli acara lelaki dan rumah Kuning berjaya menggungguli bagi acara perempuan. Keputusan akhir pertandingan menyaksikan rumah Merah berjaya menjadi johan keseluruhan. Diikuti rumah Kuning tempat kedua, rumah Biru ketiga dan rumah Hijau tempat keempat. Majlis juga telah menobatkan adik Jabal Hud dari rumah Kuning sebagai Olahragawan SKBC 2010 manakala adik Shazlin dari rumah Merah sebagai Olahragawati. Adik Jabal Hud telah berjaya merangkul 3 emas bagi acara 100m, 2 x 50m dan acara lompat jauh. Bagi adik Shazlin pula berjaya mengondol juga 3 emas dari acara 100m, 2 x 50m dan lompat tinggi. Kejohanan telah berjalan dengan lancar dan cukup meriah.

Isnin, April 26, 2010

Mesyuarat Agung PIBG 2010

Mesyuarat Agong PIBG bagi tahun ini telah diadakan pada 24hb. April 2010 bertempat di kantin SKBC. Sejak pagi - pagi lagi ramai ibu bapa menghadirkan diri. Jumlah kehadiran amat memberangsangkan dengan lebih 100 orang ibubapa meluangkan masa bersama. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil PPD iaitu Ustaz Nasir seorang pegawai PPD Kuala Terengganu. Majlis ini juga diserikan oleh persembahan Coral Speaking oleh murid - murid SKBC. Acara penyampaian hadiah juga diadakan bagi pelajar - pelajar cemerlang UPSR 2009.

Pasukan hoki sekadar naib johan


Bertempat di SM Teknik Kuala Terengganu, pasukan hoki perempuan SKBC telah sekali lagi layak ke perlawanan akhir MSSM KTU buat kali kelapan berturut - turut. Perlawanan itu menemukan SKBC dengan SK Pulau Bahagia. Dalam perlawanan itu SKBC telah menyerang habis - habisan manakala SK Pulau Bahagia telah bertahan bertungkus lumus. Namun begitu pemain SKBC gagal menjaring sebarang gol. Ini menyebabkan keputusan perlawanan terpaksa ditentukan dengan pukulan penalti flik. Akhirnya SKBC terpaksa berputih mata apabila lawannya berjaya menjaringkan gol pada penentuan Sudden Death. Guru Besar SKBC telah sudi menyampaikan pingat kepada para pemenang.

Pasukan Bola jaring SKBC juara lagi


Syabas kepada pemain dan jurulatih bola jaring SKBC kerana berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga berturut - turut. Pertandingan peringkat MSSMktu telah diadakan di padang SK Banggol Peradung. Pada peringkat kumpulan SKBC telah memenangi semua perlawanan peringkat awal seterusnya menjadi johan kumpulan. Pada peringkat separuh akhir SKBC telah bertemu SK Batu Rakit. Dalam perlawanan yang sengit itu SKBC telah berjaya memenangi perlawanan itu hanya dengan kelebihan satu gol. Pada perlawanan akhir SKBC tidak menghadapi banyak masalah untuk mencatat kemenangan dan seterusnya menjadi juara sesi 2010.

Sambutan Maulidur Rasul


Pada 3.3. 2010 yang lalu telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sebahagian besar murid yang berpakaian baju kurung Melayu telah turut menyertai perarakan. Perarakan berjalan dengan begitu meriah dengan sepanduk - sepanduk yang disiapkan oleh setiap kelas. Perjalanan sejauh 1.2 km itu diselangi dengan selawat ke atas rasul.

Kejohanan Sukantara SKBC 2010



Pada hari Selasa 16.2.2010 dan Rabu 17.2.2010 telah berlangsung Kejohanan Sukantara antara Rumah. Acara yang dipertandingkan ialah acara lumba lari 100m, lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh. Pertandingan ini disertai oleh semua murid Tahun 3 hingga Tahun 6. Mata untuk rumah dikira berdasarkan mata yang berjaya dipungut oleh setiap peserta. Bagaimanapun objektif utama kejohanan ini diadakan adalah untuk memilih peserta yang akan mewakili sekolah ke Kejohanan MSSM Kuala Terengganu Utara yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Diharapkan dari kejohanan ini akan dapat mencungkil bakat - bakat baru bagi mendapat pencapaian tempat ke empat keseluruhan di kejohanan MSSM KTU 2009. SKBC juga telah mencatat sejarah berjaya mengondol Olahragawati Terbaik melalui Nur Syafiqah di kejohanan tersebut.