Jumaat, April 30, 2010

Kejohanan Olahraga & Sukaneka SKBC 2010



Pada 27 dan 28 April hari Selasa dan Rabu, telah berlangsung Kejohanan Olahraga dan Sukaneka SKBC kali ke 18. Acara yang dipertandingkan ialah 100m, 2 x 50m, lontar peluru, lompat tinggi, dan lompat jauh. Bagi acara sukaneka untuk tahap satu sahaja iaitu lari pecah belon, isi air dalam botol, Lerun, lari pakai terompah, lari bawa bola pingpong dalam sudu dan golek bola guna gelung rotan. Bagi acara kemuncak ialah pertandingan tarik tali antara rumah lelaki dan perempuan. Bagi acara tersebut peringkat akhir menemukan rumah biru dengan rumah hijau bagi lelaki dan rumah biru dengan rumah kuning bagi rumah acara perempuan. Kesudahannya rumah Biru menggungguli acara lelaki dan rumah Kuning berjaya menggungguli bagi acara perempuan. Keputusan akhir pertandingan menyaksikan rumah Merah berjaya menjadi johan keseluruhan. Diikuti rumah Kuning tempat kedua, rumah Biru ketiga dan rumah Hijau tempat keempat. Majlis juga telah menobatkan adik Jabal Hud dari rumah Kuning sebagai Olahragawan SKBC 2010 manakala adik Shazlin dari rumah Merah sebagai Olahragawati. Adik Jabal Hud telah berjaya merangkul 3 emas bagi acara 100m, 2 x 50m dan acara lompat jauh. Bagi adik Shazlin pula berjaya mengondol juga 3 emas dari acara 100m, 2 x 50m dan lompat tinggi. Kejohanan telah berjalan dengan lancar dan cukup meriah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan