Ahad, Ogos 07, 2011

Keinsafan Di Kem UPSR

Anak didikku……
Apabila kakimu melangkah ke sini…
Ingatlah akan ibu dan bapamu....
Mereka berkerja keras siang dan malam..
Hanya untukmu…anak didikku…



Anak didikku. . .
Kedatanganmu sangat beerti dan bernilai...
Di bahumu terletaknya seribu harapan. . .
Harapan besar dari ayah dan ibumu...
Harapan yang tidak pernah luntur sekian lama. . .
Hanya inginkan anaknya menjadi insan berguna...
Dan menjadi anak yang soleh. . .
Jangan kecewakan mereka...anak didikku...

Anak didikku...
Lihatlah wajah guru-gurumu...
Renungilah dengan penuh kasih sayang
Walau mereka pernah memarahi
Walau mereka pernah memukul
Walau mereka pernah menyakitimu
Percayalah...
Itulah kasih sayang mereka padamu...
Sematkanlah dalam hatimu...

Anak didikku
Merekalah insan yang berhati mulia
Tiada tolok bandingnya di dunia ini
Kerana merekalah
Anak-anak didikku
Mengenal A, B dan C serta alif, Ba dan Tha
Mereka sanggup mengorbankan segalanya...
Hanya untukmu...anak didikku....
Wajah-wajah ini begitu mengharapkanmu
Menjadi insan yang berjaya dan berguna
Satu hari nanti

1 ulasan:

  1. Assalam sh4wn...bile kem UPSR ni ekk? sye bekas pelajar sekolah ni jugak n mik UPSR tahun 2000 dulu. Pas tngok ni, tbe2 trpk jugak nk try buat prgram mcm ni kat sekolah ni sbb dah bnyk prgram sy buat kat sekolah lain. boleh sye tau detail kem ni n siapa motivator yang di jemput?

    BalasPadam